KDN Kaji Cadangan Polis Bantuan Ganti Pengawal Keselamatan Jaga Pejabat Kerajaan dan Perumahan

Polis bantuan ganti pengawal?

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang

dn_07.1.jpgAhmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan pegawai dan anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia dalam Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Pulapol, Jalan Semarak di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir Wan Junaidi Tunku Jaafar (kiri) dan Khalid Abu Bakar (dua, kiri). – BERNAMA

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji cadangan beberapa pihak supaya menggantikan khidmat pengawal keselamatan swasta dengan polis bantuan atau polis sukarelawan (PVR) khususnya di pejabat kerajaan dan kawasan perumahan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kajian menyeluruh serta maklum balas daripada pihak berkaitan amat diperlukan kerana melibatkan implikasi terhadap kewangan kerajaan dan pemindaan undang-undang.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan membawa perkara itu ke Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen untuk menggubal satu undang-undang yang lebih khusus terhadap aspek keselamatan dan tatacara.

“Syarikat kawalan keselamatan tertakluk pada Akta Syarikat Persendirian dan semestinya melibatkan kajian semula akta ini yang mungkin terpaksa memerlukan pindaan undang-undang.

“Perkara ini akan kita teliti dari pelbagai sudut pandangan oleh agensi berkaitan seperti pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum dibawa ke Parlimen,” katanya di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, pada Februari lepas.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahad lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar khidmat pengawal keselamatan di semua pejabat kerajaan digantikan dengan polis bantuan bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131128/dn_07/Polis-bantuan-ganti-pengawal#ixzz2lwqTfUqQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s