Utusan Malaysia – Zahid Hamidi ikrar perangi isu pekerja asing

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram selepas kejayaan menangani jenayah berat melalui pelaksanaan Op Cantas baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas itu diambil kerana beliau tidak mahu lambakan pekerja asing di negara ini memberi gambaran kepada masyarakat antarabangsa seolah-olah berlaku perniagaan hamba abdi di negara ini.

Saya tidak mahu perniagaan hamba abdi seolah-olah berlaku di negara kita," katanya ringkas menerusi laman Twitternya di sini hari ini sebagai menunjukkan ketegasannya memerangi lambakan pekerja asing.

Polemik mengenai isu pekerja asing kembali tercetus selepas pengawal keselamatan warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu bertindak menembak mati kakitangan AmBank (M) Berhad pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian tragis tersebut, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, maut ditempat kejadian selepas ditembak di kepala menggunakan senjata jenis pump gun oleh suspek yang sehingga kini masih bebas dan gagal dikesan pihak berkuasa.

Minggu lalu, Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan bakal menguatkuasakan penggunaan kad biometrik kepada setiap pekerja asing yang mahu bekerja di negara ini sebagai salah satu kaedah membendung lambakan golongan tersebut.

Katanya, kad itu yang kini dalam peringkat ujian boleh diimbas melalui telefon pintar selepas Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) dilaksana kelak dan mana-mana yang ingkar akan dihantar pulang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131107/dn_02/Zahid-Hamidi-ikrar-perangi-isu-pekerja-asing#ixzz2k0har5G5

© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s