Kad biometrik diwajibkan hujung tahun 2014

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Masalah lambakan pekerja asing terutamanya yang memasuki negara ini secara haram diyakini dapat ditangani secara efektif dan berkesan apabila Kementerian Dalam Negeri mewajibkan penggunaan kad biometrik mulai hujung tahun 2014.

Menguatkan lagi keyakinan itu ialah apabila Menterinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana pekerja asing yang gagal mengguna dan membawa bersama kad biometrik sebaik sahaja langkah berkenaan dikuatkuasakan.

"Menjelang akhir tahun depan, seramai 2.116 juta pekerja asing di negara ini akan membawa kad biometrik dan tidak akan ada sebarang kompromi," katanya menerusi laman Twitter hari ini, iaitu selang sehari selepas berikrar akan memerangi isu lambakan pekerja asing.

Semalam, Ahmad Zahid juga melalui laman Twitter menjelaskan, langkah tegas kementerian berkenaan memerangi isu lambakan pekerja asing dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat antarabangsa melihat seolah-olah berlaku perniagaan ‘hamba abdi’ di negara ini.

Minggu lalu, beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa setiap pekerja asing yang ditangkap kerana tidak memiliki kad biometrik selepas peraturan itu dikuatkuasakan akan terus dihantar pulang ke negara masing-masing dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu sehingga kini seramai 98,427 warga asing di negara ini direkodkan sebagai pemegang dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13) dan daripada jumlah tersebut hanya 60,248 dikesan masih aktif.

"Dokumen IMM13 merupakan pas lawatan yang dikeluarkan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan perlu diperbaharui setiap tahun bagi memastikan pemegangnya dapat terus menetap di negara ini dengan kemudahan disediakan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131108/dn_05/Kad-biometrik-diwajibkan-hujung-tahun-2014#ixzz2k2huZzui

© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Kad biometrik diwajibkan hujung tahun 2014

  1. wan ishak bin wan ahmad

    As Salam Tuan. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan menentang jenyah. Mohon tuan untuk folow up pemintaan penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk kerajaan menurunkan harga,cukai dan juga road tax. Perkara ini penting bagi org muda untuk terus menyokong kerajaan pada masa akan datang.Kami orang muda amat memerlukan perkara ini diambil serius.terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s