PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) KE-38

TARIKH / MASA : 28 OKTOBER 2013 / 10.00 PAGI

MAJLIS / PROGRAM : PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA (PEMADAM) KE-38

TEMPAT MAJLIS : GRAND BALLROOM,HOTEL SUMMIT SUBANG USJ, SELANGOR

20131105-222347.jpg
AHMAD Zahid Hamidi disambut perwakilan sejurus tiba dalam sesi perjumpaan sempena Perhimpunan Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Ke-38 di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

SUBANG JAYA 28 Okt. – Kementerian Dalam Negeri bakal menggabungkan beberapa agensi pencegahan dadah di negara ini di bawah hanya satu badan tunggal bagi memastikan semua proses pencegahan, pemulihan dan pembanterasan dadah dapat diselaraskan dengan berkesan.

Antara agensi terlibat adalah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), unit pencegahan dadah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi dadah dalam Jabatan Kesihatan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, badan tunggal itu yang akan terletak di bawah kementeriannya akan ditubuhkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

“Saya merasakan badan tunggal yang mengendalikan soal pencegahan, pemulihan dan pembanterasan dadah seperti dilakukan di negara lain seperti di Indonesia harus dilaksanakan di negara ini.

“Badan tunggal ini bukan sekadar melibatkan Pemadam, AADK serta JSJN dalam PDRM sahaja malah perlunya penglibatan Kastam, Kementerian Kesihatan serta pertubuhan bukan kerajaan lain.

“Apa yang kita mahu bukan banyak badan tetapi pembanterasan dadah sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam di sini.

Ahmad Zahid seterusnya memberitahu, pihaknya telah menyediakan kertas kerja berhubung perkara tersebut untuk dibentangkan di Parlimen sebelum mendapat kelulusan jemaah Kabinet.

“Kita perlu mendapat ulasan daripada beberapa kementerian terlebih dahulu namun saya yakin perkara ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Ditanya tentang kemungkinan JSJN akan dimansuhkan dalam PDRM setelah badan tunggal pencegahan dadah ditubuhkan, Ahmad Zahid memberitahu, jabatan itu akan memainkan peranan besar dalam badan baru nanti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131029/dn_13/Gabung-agensi-bentuk-satu-badan-tunggal-kendali-cegah-pulih-banteras-dadah#ixzz2jmUUhLHN
© Utusan Melayu (M) Bhd

20131105-223407.jpg

20131105-223435.jpg

20131105-223449.jpg

20131105-223458.jpg

20131105-223507.jpg

20131105-223535.jpg

20131105-223546.jpg

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s