Jangan main taktik kotor

Ahmad Zahid Hamidi menandatangani plak perasmian Tapak Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar di Yan, Kedah, semalam. Turut hadir Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

JERAI 2 Nov. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada jentera parti agar tidak melakukan provokasi melampau termasuk menggunakan taktik kotor menjelang saat-saat terakhir berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Beliau berkata, amaran tersebut dikeluarkan berikutan wujudnya perbuatan tidak bertanggungjawab menggantung objek berbentuk kaki yang dipercayai mengaitkan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan tumpuan orang ramai.

"Sungai Limau ini merupakan kawasan yang tenang dan kempen berlangsung dalam keadaan baik. Namun, kita mengesan taktik-taktik kotor dimainkan menjelang saat-saat akhir berkempen dan ini sudah tentu tidak baik.

"Justeru, saya ingin berikan amaran agar kedua-dua pihak tidak lakukan provokasi. Polis akan bertindak tegas menyiasat kejadian ini dan kita berikan jaminan akan menangkap mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Khidmat Komuniti Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) Dulang Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim dan calon BN bagi PRK Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini polis telah menerima satu laporan polis berhubung insiden gantung objek kaki terbabit.

"Laporan polis dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi BN Bahagian Jerai dan pihak polis telah membuka fail siasatan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya sudah biasa dengan pelbagai strategi termasuk provokasi yang dicetuskan pembangkang dalam pilihan raya.

"Namun begitu, UMNO dan BN tidak ada taktik kotor jauh lagi menghina parti lawan. Walaupun dinamakan taktik politik namun, ia tidak haruslah menggunakan taktik memburuk-buruk jauh lagi mengaibkan lawan," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131103/po_01/Jangan-main-taktik-kotor#ixzz2jaPlL4lK

© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s