Berdepan tindakan jika guna khidmat Syarikat Kawalan Prima

Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama barisan pemidato pada pelancaran Jaringan Pemidato Malaysia di Bangunan Parlimen, semalam. Turut hadir Pengerusi Jaringan Pemidato Malaysia, Budiman Mohd Zohdi (dua, kiri).

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Syarikat pengawal keselamatan, Kawalan Prima Sdn. Bhd. diharamkan beroperasi serta-merta selepas pembatalan lesen syarikat itu semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, serentak itu, mana-mana pelanggan atau organisasi yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut yang mana pekerjanya menembak mati seorang pegawai Ambank baru-baru ini perlu membatalkan kontrak bersama syarikat berkenaan.

Jelas beliau, kedua-dua pemilik dan pelanggan syarikat pengawal keselamatan itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya melanggar arahan tersebut memandangkan tempoh rayuan mereka juga telah tamat semalam.

"Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam kementerian telah mengambil tindakan pergi ke ibu pejabat syarikat berkenaan dan beberapa cawangan pagi ini untuk memastikan mereka tidak lagi beroperasi.

"Operasi syarikat itu telah diklasifikasikan sebagai haram kerana pembatalan lesen itu, jadi jika ada lagi kontrak yang masih berjalan, maka terbatal secara automatik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jaringan Pemidato @Malaysia di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa akan turut merampas semua senjata api yang dimiliki syarikat itu, selain memberikan notis secara lisan dan bertulis kepada pelanggan mereka berhubung arahan tersebut.

"Mengikut rekod, syarikat itu telah melakukan tiga kali kesalahan sebelum ini dengan menggaji pekerja asing tidak sah, selain mempunyai rekod jenayah," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Op Cantas yang dilancarkan pada 17 Ogos lalu telah berkesan, sekali gus menurunkan kadar jenayah sebanyak 8.7 peratus berbanding sebelum operasi dilaksanakan.

Menurut beliau, sebanyak 20,000 tangkapan dibuat daripada 650,000 tapisan dilakukan menerusi sekatan jalan raya.

"Sebanyak 900 kertas siasatan telah dibuka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Utusan Malaysia difahamkan walaupun lesen perniagaan sudah dibatalkan oleh KDN, sebuah syarikat kawalan keselamatan yang membekalkan khidmat pengawal asing dan terlibat dalam kes pembunuhan pengurus operasi AmBank di Subang Jaya minggu lalu, dipercayai masih beroperasi seperti biasa.

Perkara itu disahkan oleh kakitangan syarikat berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

"Operasi syarikat kami berjalan seperti biasa… tiada masalah (beroperasi)," kata kakitangan itu.

Ditanya adakah syarikat tahu mengenai pembatalan lesen perniagaan, jurucakap itu berkata, arahan berkenaan memang diketahui dan pihak majikan akan mengadakan sidang akhbar dalam tempoh terdekat.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131101/dn_11/Berdepan-tindakan-jika-guna-khidmat-Syarikat-Kawalan-Prima

3 Comments

Filed under Isu Semasa

3 responses to “Berdepan tindakan jika guna khidmat Syarikat Kawalan Prima

  1. Dapat diterima jika semasa permohonan lesen, syarikat berkenaan berjanji memenuhi segala syarat…. mungkin termasuk syarat memillih pengawal dan kelayakan pengawal keselamatan. Persoalannya, tiadakah usaha-usaha pemantauan terhadap syarikat-syarikat yang “sensitif” seperti ini? Bagaimana pula syarikat lain yang memberikan perkhdimatan sama? Adakah KDN memantau mereka???

  2. Well done. Harap semua agensi kerajaan mengamalkan sikap tegas macam ini. Pemantauann yang teratur dan konsisten juga mesti di jalankan.
    Ini adalah tanggungjawab agensi kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kepentingan awam terjamin.
    Terima kaseh Datuk Seri dan juga kepad semua kakitangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s