Tindakan tepat halang bawa masuk abu mayat Chin Peng

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Tindakan kerajaan menghalang abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM) dibawa masuk ke negara ini adalah tepat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut berikutan sebanyak 433 laporan polis dibuat dalam lapan siri bantahan aman.

Beliau menegaskan, desakan beberapa pihak yang ingin membenarkan abu mayat mendiang dibawa masuk adalah atas motif politik semata-mata.

Kerajaan harus mengambil kira sentimen dan reaksi di kalangan anggota pasukan keselamatan, mangsa kezaliman komunis dan ahli keluarga mereka yang masih menebal,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang bertanya berhubung rasional abu mendiang Chin Peng dihalang memasuki Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Chin Peng bukanlah seorang warganegara Malaysia dan beliau telah menerima kerakyatan Thailand dan memiliki pasport negara tersebut dengan menggunakan nama lain.

Katanya, Chin Peng dan beberapa anggota PKM telah memilih untuk tidak kembali ke Malaysia selepas Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani pada 2 September 1989 walaupun peluang sepenuhnya diberikan kepada mendiang dan juga pengikutnya.

Selepas daripada tarikh 17 hingga 13 Oktober 1992, tiada sebarang berita daripada Chin Peng mengenai hasratnya untuk kembali ke Malaysia sehinggalah beliau melalui peguamnya memohon untuk kembali ke Malaysia melalui mahkamah.

Rayuan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember 2010 kerana melanggar syarat Perjanjian Damai Hatyai,” kata beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_04/Tindakan-tepat-halang-bawa-masuk-abu-mayat-Chin-Peng#ixzz2ibEwfqIs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s