Kerajaan Hati-Hati Beri Status Kewarganegaraan Kepada Pemohon – Ahmad Zahid

Oleh LOSHANA K. SHAGAR

KUALA LUMPUR: Kewarganegaraan Malaysia adalah "anugerah tertinggi" yang boleh diberikan kerajaan Persekutuan kepada bukan warganegara dan tidak akan sewenang-wenangnya diberikan kepada pemohon.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya mengenai angka terbaharu pemegang kad merah MyPR dan sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan kewarganegaraan kepada pemegang yang telah menetap di Malaysia sejak kemerdekaan.

"Sebaliknya, keputusan mengenai pemberian kewarganegaraan adalah terikat dengan peraturan yang ditetapkan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan hanya akan diberikan kepada pemohon yang layak.

"Undang-undang sentiasa memberi peluang kepada mana-mana individu yang layak untuk memohon kewarganegaraan melalui Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk mereka yang tinggal di Malaysia sejak kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata sehingga September 2013, seramai 295,601 orang adalah pemegang kad MyPR merah, yang menamakan mereka sebagai penduduk tetap.

Daripada jumlah ini, 9,427 adalah Melayu, 21,530 Cina, 30,619 India dan 233,980 adalah dari kaum-kaum lain .

Sejumlah 177,212 pemegang kad MyPR adalah lelaki, manakala wanita 118,389 .

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/23/mstar_berita/20131023213258&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s