Rekod kerakyatan Chin Peng tiada di JPN – Nasional – Sinar Harian

Rekod kerakyatan Chin Peng tiada di JPN

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
24 September 2013

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan rekod JPN, Chin Peng tidak pernah menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan.

"Berdasarkan data JPN, Perjanjian Hat Yai telah memberikan dua kali (peluang) kepada beliau (Chin Peng) tetapi malangnya beliau menolak.

"Mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hat Yai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang mahu abu mayat Chin Peng di tanam di Malaysia.

"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya.

"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya.

Mayat bekas setiausaha agung PKM itu dibakar di Bangkok, Thailand semalam, seminggu selepas mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok pada 16 September lalu.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rekod-kerakyatan-chin-peng-tiada-di-jpn-1.205065

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rekod-kerakyatan-chin-peng-tiada-di-jpn-1.205065

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Rekod kerakyatan Chin Peng tiada di JPN – Nasional – Sinar Harian

  1. Isu tidak membenarkan mayat/abu mayat Chin Peng tidak perlu dikaitkan dengan samada mendiang Chin Peng seorang warga negara Malaysia atau tidak. Sekiranya Chin Peng seorang rakyat Malaysia sekali pun, kita tidak wajar membenarkan mayat/abu mayatnya di bawa ke negara ini.

    Andaikata beliau seorang rakyat Malaysia, beliau adalah PENDURHAKA kepada Persekutuan Tanah Melayu, yang membolehkan Kerajaan menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya. Dan sekiranya mendiang gagal ditangkap hidup-hidup, mendiang boleh dilucutkan kerakyatannya kerana MENDURHAKA.

    Sebagai pewaris kepada ‘Land of the Malays’ Malaysia, kita perlu terus berwaspada terhadap parti-parti dan individu-individu yang secara terbuka menyokong seorang PENDURHAKA. Hanya PENDURHAKA akan menyokong PENDURHAKA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s