BERNAMA – Cadangan Tambah Bilangan Anggota JSJ Tidak Praktikal – Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Cadangan agar bilangan anggota di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditambah adalah tidak praktikal kerana tugas membendung jenayah turut dijalankan oleh anggota tugas am, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya anggota tugas am ialah mereka di Jabatan Pengurusan termasuk ketua polis negeri dan daerah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam serta Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah.

“Jumlah keanggotaan di JSJ sesebuah negeri atau daerah akan ditambah apabila kertas siasatan pegawai penyiasat atau penolong pegawai penyiasat telah meningkat ketara dan membebankan pegawai berkenaan,” katanya menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim ingin tahu mengapa bilangan anggota polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah kepada 50 peratus daripada keseluruhan anggota Polis Diraja Malaysia sebagai langkah menbendung jenayah.

Ahmad Zahid berkata kerajaan telah meluluskan 4,000 perjawatan baharu anggota polis mulai tahun lepas sehingga 2015 untuk memperkasakan perkhidmatan polis kepada masyarakat.

Menjawab soalan Lim mengenai kekurangan 600 anggota polis di Pulau Pinang, beliau berkata sebanyak 5,619 jawatan pegawai beruniform di negeri itu telah diisi dan kekosongan hanya 31 jawatan.

Beliau juga berkata kebanyakan kegiatan jenayah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan, antaranya jenayah kekerasan menurun kepada 66.7 peratus, samun tanpa senjata api (35.7 peratus) dan ragut (56 peratus).

“Akan tetapi jenayah kecurian harta benda seperti bas dan van meningkat 150 peratus, jadi saya harap kerajaan negeri dapat membantu untuk sama-sama membanteras jenayah tersebut,” katanya.

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “BERNAMA – Cadangan Tambah Bilangan Anggota JSJ Tidak Praktikal – Zahid

  1. Tahniah DS di atas tindakan-tindakan tegas yang telah diambil di dalam menangani kes-kes jenayah berat yang telah menghantui rakyat sehingga kira-kira sebulan sebelum ini.

    Saya mengambil peluang ini untuk bertanya tentang kebanjiran pendatang asing termasuk PATI, khususnya dari negara Cina. Saban hari ada sahaja wanita dari negara Cina yang ditangkap di rumah-rumah urut, di hotel-hotel, di pusat-pusat hiburan. Kalau yang dapat ditangkap begitu ramai, sudah tentu lebih ramai yang berjaya menjalankan kegiatan ‘flesh trade’ mereka tanpa dikesan.

    Persoalan saya ialah, kenapa tidak diHEBOHkan sedikit penghantaran pulang mereka ke negara asal mereka. Rakyat bimbang mereka TIDAK DIHANTAR PULANG, sebaliknya di’kitar semula’ ke pusat-pusat hiburan. Akibatnya, bilangan mereka akan terus bertambah tanpa kita sedar, dan akan menimbulkan masalah kepada kita di masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s