Op Cantas: Zahid selar pembangkang

Op Cantas: Zahid selar pembangkang

dn_04.1.jpg

SEPANG 9 Sept. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang terus mempolitikkan usaha kerajaan dengan mendakwa Op Cantas membanteras secara besar-besaran penjenayah sebagai sandiwara menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti sebaliknya usaha berterusan kerajaan membanteras sehabis-habisan penjenayah terutama di kalangan anggota kongsi gelap.

“Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ untuk Perhimpunan Agung UMNO.

“Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan oleh saya, tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat Modul Kerohanian Jabatan Penjara dan Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Sama-sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa beliau hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 10 buah pusat tahanan baru telah diwartakan bagi menampung pertambahan tahanan ekoran ramai pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam program Bersepadu 6P dan penjenayah dalam Op Cantas.

Sementara itu, KDN akan membuat beberapa penambahbaikan terhadap Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) PDRM supaya setaraf dengan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Ahmad Zahid berkata, penambahbaikan itu bagi meningkatkan pembentukan sahsiah dan keperibadian diri setiap pegawai serta anggota polis ketika melaksanakan tugas.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Penjara juga akan memberikan beberapa penekanan terhadap modul keagamaan terhadap banduan bagi membentuk peribadi diri.

Katanya, modul tersebut yang mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibuat supaya banduan berkenaan tidak mengulangi kesilapan sama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130910/dn_04/Op-Cantas-Zahid-selar-pembangkang#ixzz2eSHCnO8d
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Op Cantas: Zahid selar pembangkang

  1. Cikgu Zainal

    Tahniah Dato’ di atas segala usaha yang dilaksanakan. Pedulikan mereka yang kerja nak cari publisiti murahan. Apabila huru hara salahkan kerajaan. Tak buat itu, tak buat ini ikut selera mereka. Saya doakan Dato’ terus tabah, dilindungi dan diberkati Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s