PERHIMPUNAN BULANAN KDN

TARIKH / MASA : 2 SEPTEMBER 2013 / 8.45 PAGI

MAJLIS / PROGRAM : PERHIMPUNAN BULANAN KDN

TEMPAT MAJLIS : AUDITORIUM, ARAS 5, BLOK D8, KOMPLEKS D, PUTRAJAYA

20130904-184857.jpg

20130904-184914.jpg

20130904-184920.jpg

20130904-184926.jpg

20130904-184933.jpg

20130904-184939.jpg

20130904-184944.jpg

20130904-184951.jpg

Berita :

20130904-190616.jpg
Ahmad Zahid Hamidi meneliti kenyataan media sambil diperhatikan Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) dan Alias Ahmad dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA 2 Sept. – Hanya dalam tempoh 24 jam, seramai 2,433 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam Ops 6P Bersepadu yang diadakan secara besar-besaran semalam.

Dalam operasi yang diketuai Jabatan Imigresen di 40 kawasan di seluruh negara itu, warganegara Indonesia paling ramai ditahan iaitu 717 orang diikuti Myanmar (555), Bangladesh (387) dan Nepal (229).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi pertama melibatkan kekuatan anggota sebanyak 2,207 orang daripada pelbagai agensi itu turut berjaya menahan PATI warganegara Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, Nigeria, Thailand dan China.

Menurut beliau, Ops 6P Bersepadu itu akan dilaksana bersama agensi-agensi berkaitan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Kita tidak akan berkompromi dan matlamat kerajaan adalah sifar PATI iaitu 100 peratus tiada PATI dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya sudah bertoleransi dalam isu tersebut sebelum ini dan tiba masanya langkah-langkah pencegahan diambil bagi menunjukkan keseriusan kerajaan menangani isu PATI.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi negara sumber pekerja asing masing-masing supaya urusan pengeluaran permit pekerja asing dipermudahkan.

Walau bagaimanapun, tambahnya, pengeluaran permit itu masih tertakluk kepada lunas-lunas perundangan antarabangsa seperti yang tercatat dalam Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Langkah itu juga, menurut beliau, bagi mengelak kes pemerdagangan orang dan kerajaan memberi jaminan Jabatan Imigresen akan mengeluarkan permit tersebut sekiranya permohonan yang dikemukakan mengikut peraturan dan saluran betul.

“Saya juga memberi amaran jangan langgar peraturan atau menggunakan orang tengah sebaliknya terus ke pusat sehenti kami untuk pengesahan permit mengikut setiap sektor yang ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membeli helikopter baharu bagi tugas pengoperasian.

Menurut beliau, aset itu sangat penting sebagai sokongan kepada PDRM yang ketika ini berada dalam semangat tinggi membanteras jenayah.

“Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM membanteras jenayah yang mana sebelum ini kita mendapat bantuan daripada Pejabat Peguam Negara bagi memberi kelulusan khas membeli aset-aset khas kegunaan polis,” katanya.

Artikel Dari : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130903/dn_06/2433-PATI-ditahan-dalam-Ops-6P-Bersepadu#ixzz2dv6wZG8w
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Diari Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s