UMNO Online – 2,433 PATI Ditahan Dalam Ops 6P Dalam Tempoh 24 Jam – Zahid

PUTRAJAYA, 2 Sept – Jabatan Imigresen menahan 2,433 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan dalam Ops 6P Bersepadu di seluruh negara semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tempoh 24 jam itu, beliau berkata seramai 8,105 orang telah diperiksa dalam 40 operasi di seluruh negara melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

zahid-hamidi-menteri-umno-bn-malaysia

Beliau berkata pekerja asing tanpa izin warganegara Indonesia merupakan paling banyak ditahan iaitu 717 orang diikuti Myanmar sebanyak 555 orang, Bangladesh (387) dan Nepal (229).

Warganegara lain seperti Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand turut ditahan dalam operasi itu, katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

“Operasi ini bukan operasi bermusim dan ia tidak tamat pada 31 Disember tahun ini. Ini adalah operasi berterusan dan kita tidak akan berkompromi. Matlamat kita adalah pencapaian sifar PATI.

“Ini menunjukkan keseriusan KDN dan Jabatan Imigresen (mengusir PATI) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan. Kami tidak mahu hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan operasi ini,” katanya

Ops Bersepadu 6P semalam melibatkan 2,115 anggota iaitu Jabatan Imigresen sebanyak 976, Rela (479), Polis Diraja Malaysia (370), Jabatan Pertahanan Awam (94), Jabatan Pendaftaran Negara (72), Unit Pencegah Penyeludupan (43), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (33) dan SPRM (48).

Ahmad Zahid berkata KDN akan terus bekerjasama dengan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi negara-negara yang mempunyai sumber pekerja asing untuk memudahkan pengeluaran permit.

“Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas-lunas perundangan antarabangsa termasuk yang dituntut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi mengelak permerdagangan manusia,” katanya.

Ops 6P Bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa Jabatan Imigresen sedia meluluskan permohonan untuk pekerja asing sekiranya mengikut peraturan dan saluran yang betul.

“Walaupun ada pihak mendakwa Jabatan Imigresen menyusahkan mereka dengan tidak mengeluarkan permit…saya memberi jaminan permohonan mengikut peraturan, kita akan berikan permit berkenaan.

“Saya berharap orang ramai tidak menggunakan khidmat orang tengah sebaliknya terus ke One Stop Centre yang melibatkan kementerian dan jabatan untuk mengesahkan pemberian permit mengikut sektor,” katanya.

http://www.umno-online.my/?p=91291&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “UMNO Online – 2,433 PATI Ditahan Dalam Ops 6P Dalam Tempoh 24 Jam – Zahid

  1. Mohd hizaruddin bin abdul aziz

    Akum,datuk seri..saya nak tanya,dekat muar nie dah bersepah bangla berniaga runcit..status mereka cuma ada visa pelancong,permit kerja,lari dari majikan..mereka nie tak kena tindakan ke?terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s