mStar Online : Gerakan Besar-Besaran Tangkap Pekerja Asing Tanpa Permit Kerja Mulai 1 September – Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan. “Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka. “Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PDRM sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga jika ada pihak yang mengugut untuk melancarkan perang terhadap polis berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan itu menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Beliau mengulas khabar angin menyatakan beberapa kumpulan kongsi gelap akan melancarkan perang terhadap pasukan itu berikutan tindakan polis memerangi jenayah berat, khususnya yang melibatkan senjata api.

“Walaupun saya tidak campur tangan dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.

“Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/24/mstar_berita/20130823205237&sec=mstar_berita

20130825-185337.jpg

20130825-185350.jpg

20130825-185403.jpg

20130825-185417.jpg

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “mStar Online : Gerakan Besar-Besaran Tangkap Pekerja Asing Tanpa Permit Kerja Mulai 1 September – Ahmad Zahid

  1. Mahizam Hj. Mahmud

    Semoga majikan yg menggajikan/melindungi PATI di kenakan tindakan juga……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s