Berita Harian: Bekas tahanan EO dalang kes bunuh

Bekas tahanan EO dalang kes bunuh

Bagan Datoh: Siasatan awal polis mendapati 90 peratus daripada kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Bekas tahanan terbabit dipercayai kembali aktif dalam jenayah dan bertindak terhadap mangsa baru, seteru serta membalas dendam terhadap saksi yang mengakibatkan mereka ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, sebelum ini.

Cadang perkukuh SOSMA

Sehubungan itu, jawatankuasa kecil Kabinet yang diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan dengan melihat aspek membanteras jenayah berat sebagai satu elemen penting.

Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa itu juga akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet mengenai langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi kekangan dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu berkenaan selepas pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan undang-undang tempat tahanan terhad.

“Mereka (bekas banduan EO) yang dilepaskan dari pusat tahanan di Simpang Renggam, kebanyakannya berada di kalangan masyarakat sekarang dan daripada rekod yang diperoleh menunjukkan 90 peratus jenayah berat yang berlaku sekarang dilakukan bekas banduan ini,” katanya selepas majlis perasmian Masjid Al-Quro’ oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, malam kelmarin.

Zahid berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Idris Jala, Nancy Shukri dan Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, menumpukan usaha pembanterasan jenayah indeks daripada aspek perundangan, atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, beberapa langkah lain juga akan dicadangkan membabitkan aspek perundangan dalam bentuk tetap mengekalkan tidak ada lagi tahanan tanpa bicara sebaliknya memberikan lebih banyak kuasa kepada polis untuk melakukan siasatan.

Beliau berkata, PDRM akan memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penambahan jawatan pegawai penyiasat polis untuk memperkukuh Jabatan Siasatan Jenayah.

Guna peralatan canggih

“PDRM akan mengambil langkah drastik termasuk memiliki peralatan moden dan canggih bagi pemantauan kes jenayah terutama di kawasan panas sesuai dengan pemodenan hal ehwal kepolisian, selain menubuhkan skuad khas yang akan melakukan tindakan pembanterasan jenayah berat dan jenayah tertentu berpangkalan di Bukit Aman,” katanya

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BekastahananEOdalangkesbunuh/m/mArticle

Gambar program :

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Berita Harian: Bekas tahanan EO dalang kes bunuh

  1. Itulah bijak sangat batalkan ISA dan EO. Sekarang siapa yang menerima bala? Yang pastinya bukan mereka yang bertanggungjawab membatalkannya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s