MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA PNMB

TARIKH / MASA : 25 JULAI 2013 / 7.00 MALAM

TEMPAT MAJLIS : PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB), JALAN CHAN SOW LIN, 50554 KUALA LUMPUR

Berita program :

20130727-180122.jpg
Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusof (dua dari kiri) menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, Mohd. Rais Alias (dua dari kanan) pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat Perniagaan PNMB di Ibu Pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, malam tadi. – utusan/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kementerian Dalam Negeri sedang memantau dan sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa sudah mengetahui serta mempunyai maklumat lengkap pemimpin kanan parti tersebut yang terlibat dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung (bertarkiyah).

Dalam masa sama, beliau turut menggesa parti berkenaan mengambil tindakan ke atas pemimpin kanan mereka bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk sekiranya penganut Syiah tersebut terus dibiarkan berada dalam parti berkenaan.

“Kita tahu siapa pemimpin itu dan parti tersebut juga tahu siapa tokoh dimaksudkan. Kita mengetahui dan mempunyai maklumat yang lengkap dan dari segi perundangan, kita akan mengambil tindakan tetapi biarlah parti mereka menghukum dari segi politik.

“Saya berharap kalau pemimpin tersebut mahu menafikan (penglibatan) di dalam kempen-kempen parti mereka, silakan, tetapi mereka mestilah mengisytihar diri dan jangan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis berbuka puasa bersama kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan PNMB berjumlah RM569,036.

Ahmad Zahid mengulas kebimbangan orang ramai mengenai dakwaan penglibatan beberapa tokoh politik tertentu sebagai penganut dan pihak bertanggungjawab dalam menyebarkan fahaman Syiah sehingga memburukkan lagi keadaan.

Semalam Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta mengikut Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa Islam jika mempunyai sebarang maklumat berhubung penyebaran fahaman Syiah.

Ditanya sama ada beliau sedia mendedahkan identiti pemimpin politik tersebut, Ahmad Zahid berkata, tanggungjawab berkenaan akan diserahkan kepada parti mereka dan majlis agama Islam negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengenai kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, beliau berkata, formula 16:16 yang dibawa Pas jelas ditolak kerana hanya retorik, sebaliknya rakyat mahu kerajaan sedia ada kekal memerintah.

“Apa yang saya harapkan selepas pilihan raya ini, seluruh rakyat di Kuala Besut segera melupakan perbezaan politik dan kembali bersatu padu dengan memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri yang ditadbir BN kerana diiktiraf Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130726/dn_04/KDN-sedia-ambil-tindakan#ixzz2aEqfNwMa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gambar sekitar majlis :

20130727-175548.jpg

20130727-175600.jpg

20130727-175610.jpg

20130727-175623.jpg

Leave a comment

Filed under Diari Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s