Buru PATI dalam skala besar selepas Aidilfitri

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang

dn_02.1.jpg
AHMAD Zahid Hamidi sambil diiringi Alias Ahmad (kiri) bersalaman dengan warga Imigresen sewaktu hadir pada majlis berbuka puasa bersama warga Jabatan Imigresen, di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 22 Julai – Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) secara besar-besaran di seluruh negara selepas sambutan perayaan Aidilfitri ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut akan memberi tumpuan bukan hanya di laluan ‘tikus’ tetapi di tempat kerja seperti pusat hiburan, restoran, ladang dan kilang haram seluruh negara.

“Kami akan melaksanakan operasi itu secara bersepadu dan berterusan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Jalinan kerjasama sedemikian perlu bagi memastikan operasi mengesan PATI itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Menyentuh Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), Ahmad Zahid berkata, sejak program itu dimulakan pada Oktober 2011 hingga 18 Julai lalu, sebanyak 41,647 PATI berjaya ditahan.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 1,000 majikan ditahan dengan 316 orang daripadanya didakwa di mahkamah manakala 46 orang lagi dipenjara.

“Di bawah program 6P, sebanyak 1.3 juta PATI telah didaftarkan. Daripada jumlah itu, kira-kira 500,000 PATI telah diputihkan manakala 330,000 telah kembali ke negara masing-masing secara sukarela,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_02/Buru-PATI-dalam-skala-besar#ixzz2Zs9rqGXx
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “Buru PATI dalam skala besar selepas Aidilfitri

  1. Sebelum PRU13, bekas menteri KDN telah memberi peluang kepada PATI untuk mendapatkan permit kerja dibawah program 6P dan hasil nya lebih dari 1juta telah megambil tindakan yang betul dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai pekerja yang sah dibawah undang-undang.

    Kini dibawah menteri yang baru , semua PATI harus dan wajib diberikan peluang sekali lagi untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang pekerja yang sah dibawah undag-undang. Kita tidak perlu lagi membincangkan soal salah siapa atas kegagalan program 6P yang lepas kerana terlalu banyak pihak yang mahu megambil peluang dan untung

    Kita memberi pandangan , peluang kedua perlu dibuat tetapi dengan penuh hati-hati berdasarkan persepktif yang jelas mengenai penglibatan agensi pekerja , majikan dan imigresen.

    Peluang 6Pke2 ini biarlah hanya agensi pekerja sahaja yang terlibat (sistem pengswastaan) dan lantiklah hanya syarikat yang berkalibar dan mahu bertanggungjawab sahaja atas segala perkara dan bagaimana ianya hendak dijalankan. Dokumen yang siap hendaklah mempunayi borang permohonan 6Pke2, scanning jari dan gambar (proses seperti 6P dahulu perlu dibuat) , tetapkan bayaran yang perlu dikenakan ketas PATI (levi, plks,insuran dll termasuk denda dalam nilai yang munasabah)

    Kerajaan melalui KDN hendaklah pastikan sistem yang dilaksanakan nanti melibat semua pihak : 1. Agensi pekerjaan terpilih – ditugaskan membuat segala proses mendokumentasikan PATI sehingga siap dokumen sebelum diserahkan secara berkomputer kepada imigresen. 2. Jabatan Imigresen setiap negeri dan dareah bertanggungjawab mengeluarkan ‘sticker’ permit dengan dihadiri oleh pekerja dan majikan yang mahu megambil PATI . Bagi setiap permohonan majikan pelru juga menurunkan cop jari mereka sebagai pengesahan (bagi pengambilan pekerja yang melebihi 20 orang wakil majikan adalh harus dibenarkan untuk mewakili majikan dan wakil hendaklah terdiri daripada agensi pekerjaan yang dilantik atau oleh wakil syarikat yang berkhidmat)

    Jika masih ada pekerja yang lari maka tindakan terhadap PATI harus keras jika boleh dipenjarakan tidak kurang 5 tahun dan sebatan rotan , jika majikan gagal melapurkan pekerja yang lari , majikan pelru didenda termasuk di senarai hitam pengambilan pekerja asing tidak kurang dari 1 tahun dan majikan ynag menggajikan PATI yang lari dari majikan asal juga perlu didenda dan dipenjarakan tidak kurang 2 tahun

    Bagi pembaharuan permit, majikan hendaklah datang kepejabat imigresen tempatan untuk melakukan pengesahan cop jari bersama dengan pekerja walau banyak mana sekali pun (pembaharuan dokumentasi juag boleh diswasta kepada agensi mengikut budibicara menteri) sebelum ‘sticker’ pembaharuan permit dikeluarkan.

    Yang paling penting KDN mesti tegas dan tidak berkompromi dengan majikan selepas 5 tahun pekerja berdaftar bekerja dan mereka ini hendaklah balik sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dibenarkan masuk semula dan sistem pembaruan permit secara ‘pintu belakang’ hendak lah ‘diblock’ dan sistem tersebut tidak boleh dihidupkan kecuali ketau pengarah ata timabalan ketua pengarah sahaja bagi mengelakkan manipulasi mengaut untung oleh agen dan kakitangan (mungkin ada)

    Sebenarnya apa yang hendka ditulis terlalu banyak .. mungkin akan ada sambungan jika panangan kita diperlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s