PRK Kuala Besut – Pengundi Jangan Tertipu – Zahid Hamidi

KUALA BESUT, 21 Julai – Pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diingatkan supaya tidak mudah tertipu dengan kempen pembangkang termasuk kononnya tidak mendambakan jawatan Menteri Besar jika memperoleh kemenangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan kononnya apa yang diumumkan kerajaan di Kuala Besut adalah atas desakan pembangkang hanyalah satu kempen mudah bagi meraih perhatian walhal kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti cukup perihatin dalam membela rakyat.

“Agaknya pada mereka BN ini tidak ada perancangan, hanya mereka yang lebih pintar kononnya. Sedangkan BN mempunyai keperihatinan tinggi terhadap rakyat tanpa mengira siapa suarakan asalkan untuk kebaikan rakyat.

“Jadi, saya harap pengundi di Kuala Besut tidak tertipu sekali lagi dengan kempen mudah sebegini, termasuk slogan 16:16 kononnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat keselamatan di Markas Taktikal Polis (Martek) di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diturunkan kerajaan di Kuala Besut sepanjang kempen pilihan raya ini kononnya terjadi setelah dibangkitkan mereka.

Naib Presiden Umno itu turut menarik perhatian bahawa jika berjaya, teori 16:16 akan mewujudkan kerajaan tergantung di Terengganu yang akan mengudang ketidakstabilan politik dan pentadbiran di negeri itu.

Justeru, katanya pengundi Kuala Besut mempunyai peranan cukup penting dalam menentukan masa depan negeri itu kerana jika kerajaan tergantung akan berlaku kekecohan dalam menentukan siapa yang bakal membentuk kerajaan akibat jumlah kerusi yang seimbang itu.

Ahmad Zahid juga menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar sekiranya menang pada Rabu ini sebagai satu lagi perangkap yang akan memerangkap rakyat dan keadaan politik di Terengganu.

Pilihan raya kecil pada Rabu ini menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman ditentang Endot@Azlan Yusof dari PAS.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

Semalam, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatannya.

http://www.umno-online.my/?p=89498

Gambar sekitar program di Kuala Besut semalam :

Ramah Mesra dengan penduduk kampung di Kg Gertak Seratus Kuala Besut

Menyampaikan sumbangan kepada Orang Kena Pengawasan (OKP)

Berkunjung rumah keluarga anggota Rela Kg Gong Nering yang kurang kemampuan dan menyampaikan sumbangan

Program bersama Rela di Dewan Sivik Kg Baharu

Bertemu peniaga sambil membeli air untuk berbuka

Membeli juadah di Bazar Ramadhan Kg Baru

Menunaikan solat di masjid Hj Hussain selepas berbuka bersama anggota Rela Kuala Besut

1 Comment

Filed under Isu Semasa

One response to “PRK Kuala Besut – Pengundi Jangan Tertipu – Zahid Hamidi

  1. Penawar S

    YB,

    Pendekatan pembangkang di Besut adalah sama seperti pendekatan yang diambil oleh Feel Mikaelson (FM) dalam pertandingan golf “the open championship 2013”.

    Tatkala lain-lain pemain sedang mendahului dengan pungutan markah 2-3 mata atas par tetapi FM berada pada kedudukan 2 mata bawah par (yakni harapan FM untuk muncul juara teramat tipis), pernyataan ini keluar dari mulut beliau:

    “kemungkinan besar (disebabkan saingan sengit dan tekanan yang lebih dari biasa) pungutan mata menyamai par sudah dianggap cukup tinggi untuk melayakkan pemain jadi juara open championship pada tahun ini”

    Seperti dijangka, dalam pada lain-lain pemain terperangkap dengan pernyataan tersebut (iaitu berasa selesa hinggakan persaingan jadi kendur), FM sebaliknya menggunakan kekuatan mental untuk meningkatkan saingan dan seterusnya menamatkan permainan dengan pungutan 3 bawah par.

    Pungutan 3 bawah pas sudah cukup selesa untuk mengangkat FM sebagai juara kerana lain-lain pemain yang terperangkap dengan pernyataan beliau telah hanya mengumpul mata even par atau bawah par saja.

    Soalnya apakah taktik yang digunapakai oleh pembangkang pada kali ini yg pada kebetulan serupa taktik yang digunakan oleh juara baru open championship 2013 akan berkesan sama seperti taktik FM? Atau pembangkang akan sekali lagi berdepan dengan hakikat ini: “manusia merancancang, Tuhan tentukan” .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s