mStar Online : Bekas Tahanan EO Paling Ramai Ditangkap Lakukan Jenayah – Ahmad Zahid

Oleh YUEN MEIKENG

KUALA LUMPUR: Kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini bukan persepsi tetapi realiti. Dari segi tangkapan, kebanyakan pesalah adalah yang dibebaskan dari EO yang dimansuhkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR – Gombak) semasa sesi soal jawab di Parlimen, Rabu.

Azmin bertanya sama ada kenyataan oleh Kerajaan baru-baru ini bahawa kadar jenayah telah meningkat telah digunakan sebagai asas untuk mempertimbangkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat yang dimansuhkan.

Ahli Parlimen pembangkang itu juga bertanya mengapa Kerajaan berkata jenayah yang semakin meningkat hanyalah persepsi awam tetapi mengubah pendirian selepas rumah menteri dipecah masuk.

Ahmad Zahid berkata semua jenayah mesti diperangi, sama ada yang melibatkan menteri atau rakyat biasa.

“EO telah dimansuhkan tetapi jika kita menggantikannya dengan undang-undang baru, kita meminta semua pihak bersetuju dengannya,” kata beliau.

Beliau menambah, penjenayah adalah “buta warna” apabila melakukan kesalahan dan tidak membezakan antara negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Dilaporkan bahawa kerajaan telah memikirkan pengenalan undang-undang baru untuk mengurangkan kadar jenayah.

EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Mengenai usaha untuk membendung jenayah, Ahmad Zahid berkata, polis sedang berusaha menubuhkan satu talian hotline 911 terus ke Bukit Aman untuk membolehkan orang ramai melaporkan jenayah dengan segera.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/10/mstar_berita/20130710142748&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s