mStar Online : KDN Rangka Mekanisme Kurangkan Banduan Warga Asing – Ahmad Zahid

Isnin Jun 17, 2013

KDN Rangka Mekanisme Kurangkan Banduan Warga Asing – Ahmad Zahid

NIBONG TEBAL: Kementerian Dalam Negeri sedang merangka mekanisme untuk mengurangkan jumlah tahanan warga asing dalam penjara di negara ini termasuk pertukaran banduan.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini terdapat 39,144 banduan dalam penjara di seluruh negara dengan 29.4 peratus adalah warga asing.

“Kos sehari yang dibiayai kerajaan adalah lebih kurang RM35 untuk setiap banduan dan ini adalah satu jumlah yang besar,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin, selepas perasmian Penjara Seberang Perai Pulau Pinang oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abas.

Ahmad Zahid berkata kebanyakan kesalahan banduan warga asing adalah tidak memiliki pas pekerja yang sah atau tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.

Katanya Malaysia sedang dalam peringkat akhir perbincangan dengan Thailand untuk proses pertukaran banduan dan langkah itu akan diperluaskan dengan Indonesia.

Beliau berharap kos pembiayaan banduan warga asing dapat dikurangkan supaya wang itu dapat digunakan untuk rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata sebahagian besar banduan di Malaysia adalah kesalahan melibatkan dadah.

Katanya usaha pencegahan dan pemulihan bekas banduan harus dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

“Jabatan Penjara Malaysia bertanggungjawab untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam mengurangkan kadar residivis itu kemasukan semula (bekas banduan ke penjara atau pengulang laku jenayah) tidak melebihi paras 10 peratus,” katanya.

Katanya sehingga Jun tahun ini jabatan berjaya mengekalkan kadar residivis pada paras 7.97 peratus. –BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/17/mstar_berita/20130617165522&sec=mstar_berita

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s