Lawatan Ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sg Besi

Selasa 4.6.2013

20130605-132216.jpg

20130605-132227.jpg

20130605-132251.jpg

20130605-132236.jpg

20130605-132316.jpg

20130605-132340.jpg

Agensi tunggal tangani masalah dadah

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan sebuah agensi tunggal ditubuhkan bagi menangani semua aspek masalah berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agensi itu boleh berperanan sebagai badan penyelaras kepada semua tindakan bermula daripada aspek pencegahan, penguatkuasaan terhadap pengedaran, pengubatan penagih dadah dan tindakan susulan.

Menurut beliau, cadangan penyelarasan itu melibatkan banyak pihak termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja, Unit Pencegahan Penyeludupan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Perkara ini perlu komitmen daripada banyak kementerian seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Cadangan satu agensi berpusat ini akan dibawa ke Kabinet untuk diteliti kerana kita telah mendapati keberkesanannya di beberapa negara yang melaksanakannya,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja ke Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia Sungai Besi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi dan Ketua Pengarah AADK, Puan Sri Zuraidah Mohamed.

Menurut Ahmad Zahid, beliau berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pemulihan dadah dapat saling berganding bahu di bawah satu naungan untuk menyelaras tindakan bersama.

“Ini kerana peranan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) tidak lagi aktif seperti dahulu, KDN akan teliti kepimpinan serta aktiviti Pemadam.

“Kami juga berharap NGO lain seperti Yayasan Salam dan Persatuan Pengasih dapat memainkan peranan dan kementerian sentiasa membuka pintu untuk perbincangan bersama,” katanya.

Sementara itu, berhubung lawatannya ke Klinik C&C 1Malaysia Sungai Besi itu, Ahmad Zahid memuji pendekatan AADK yang berjaya menarik penagih dadah untuk tampil secara sukarela bagi menerima rawatan perubatan dan pemulihan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130605/dn_13/Agensi-tunggal-tangani-masalah-dadah#ixzz2VJghaa7o
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 Comment

Filed under berita, Diari Saya

One response to “Lawatan Ke Klinik Cure & Care 1Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sg Besi

  1. Abe Yee.

    Akm Dato Seri. tahniah di atas perlantikan Dato sebagai Menteri Dalam Negeri. tahniah di atas ketegasan dato di dalam bangsa Melayu. Pemimpin seperti inilah yang sepatutnya ada.Jangan mudah goyah pendirian. Saya juga ingin menyokong penuh tindakan Dato yang akan mengistiharkan air ketum di bawah dadah berbahaya.Ketahui dato, banyak anak muda di Kelantan, terengganu, Kedah, perlis dan Perak menjadi penagih ketu. permulaan air ketum, kemudian dadah yang lebih hebat seperti pil kuda. ianya amat berbahaya. ketagihan air ketum sukar diatasi jika tidak mempunyai keimanan yang tinggi.Langkan KDN yang akan mengistiharkan air ketum sebagai dadah berbahaya disokong penuh. kenbanyakan penagih tegar ketum adalah bangsa Melayu. Bangsa kita. Buatlah sesuatu Dato. bendunglah dari sekarang andainya kita sayang bangsa kita.mereka menjadi malas dan sampah masyarakat.ianya amat memudaratkan.bertindak segera dato. Tahniah. jangan undur demi bangsa Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s