Red Bean Army serang kerajaan

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang

po_02.1.jpg

KUALA LUMPUR 27 Mei – Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh ‘kuasa’ di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

“Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.

“Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: “Negara ini bukan milik bapak kau!!!“.

Mengulas lanjut ‘tangan-tangan’ jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: “Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara”.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130528/po_02/Red-Bean-Army-serang-kerajaan#ixzz2Uae1t3j3
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

 

4 Comments

Filed under Isu Semasa

4 responses to “Red Bean Army serang kerajaan

  1. Ambia

    Wak Zahid, Ojo dinengke waehhh.

    Wong Cino Bejek eh ora nono, Sing lurus rambut te wa eh. Hati ne bengkong.

    Mugi mugi Wak Zahid di pareng ono wani demi negoro.

    Amin….

  2. nisbah

    InsyaAllah kami akan cuba pertahankan dato’.

  3. KUATKAN SEMANGAT, TERUSKAN USAHA BAGI MELAKSANAKAN TUGAS SERTA TANGUNGJAWAB DEMI NEGARA, BANGSA DAN AGAMA. KEMAKMURAN YANG KITA CAPAI HARI INI MENENTUKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA. MEREKA YANG TIDAK PUAS HATI TIDAK ADA UBAT YANG MUJARAB, MELAINKAN MEREKA SENDIRI INSAF DAN JUJUR.

  4. Salam Perjuangan Datuk Seri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s