KDN tangani fitnah siber

KDN tangani fitnah siber

Oleh AINSAFRE BIDIN
pengarang

BAGAN DATOH 25 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah khususnya yang didalangi tentera siber DAP iaitu Red Bean Army.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia akan mencari jalan bagi memastikan maklumat yang disalurkan menerusi blog, Facebook atau Twitter adalah benar.

“Apa yang menjadi rungutan ialah kandungan laman blog, Facebook, Twitter dan bahan-bahan lain dalam media sosial termasuk oleh Red Bean Army menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan sensitiviti kaum,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri satu majlis perkahwinan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai gesaan pelbagai pihak yang mahu kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti Red Bean Army yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, dasar media sosial yang dirangka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kebebasan kepada semua termasuk Red Bean Army untuk memberikan pendapat.

Namun, katanya, prinsip tersebut sepatutnya dihormati dan bukan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah serta maklumat yang boleh menggugat keharmonian negara.

“Sebagai contoh, mereka melakukan banyak fitnah termasuk kononnya ada 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh dibawa dengan Boeing 747 tetapi tidak ada bukti pun pesawat itu telah mendarat dan membawa pengundi Bangladesh.

“Apa yang menghairankan, golongan profesional dan teknokrat yang berpendidikan tinggi pun percaya. Inilah yang cuba dielakkan dan kita harap CyberSecurity dan SKMM dapat mengambil tindakan, bukan sebab wujudnya Red Bean Army tetapi kandungan media sosial yang dikendalikan oleh mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, oleh kerana kira-kira 85 peratus pengendali media sosial di negara ini adalah propembangkang, kerajaan menghadapi kesukaran untuk menangkis tohmahan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, di samping tindakan undang-undang, kerajaan perlu melakukan tindakan progresif untuk menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang di alam siber.

Ahmad Zahid berkata, walaupun sesuatu maklumat itu salah dari segi fakta tetapi jika diulang banyak kali, kandungan itu akan dianggap sebagai benar oleh orang ramai.

“Pembangkang mungkin menggunakan taktik seperti Paul Joseph Goebbels, ‘menteri propaganda’ di zaman Adolf Hitler iaitu mengulangi sesuatu kandungan banyak kali sehingga dianggap benar,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130526/dn_04/KDN-tangani-fitnah-siber#ixzz2ULgPjF7q

© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s