Kementerian Pertahanan, KDN rangka strategi baru perkukuh NBOS

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang merangka strategi baharu bagi memperkukuh inisiatif sedia ada dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perancangan mengenai strategi baharu itu dipermudahkan apabila kedua-dua menteri terbabit hanya bertukar portfolio dalam senarai Menteri Kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

“Kami sudah sediakan 17 perkara yang harus diteruskan (dalam NBOS) dan ini akan dipermudahkan kerana Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) berada di Mindef dan saya di KDN.

“Maknanya ini bukan sesuatu yang mustahil untuk kita sempurnakan apa yang sudah dirancang,” katanya kepada pemberita pada majlis perpisahan bekas menteri pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut diraikan ialah bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad. Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglima ketiga-tiga perkhidmatan.

Program NBOS merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang memfokuskan kepada hasil yang memberi impak tinggi; kos minimum; dan pelaksanaan dengan kadar segera.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap kecemerlangan dalam sektor pertahanan akan dapat diteruskan penggantinya agar ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta agensi yang berada di bawah kementerian berkenaan terus mantap.

“Saya harap kecemerlangan akan terus dicapai kerana kita sudah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke tahap 109 peratus dan kita telah mencapai ke tahap lima bintang, satu pencapaian yang dapat dibuat dalam tempoh kurang dari empat tahun,” katanya.

Pada majlis perpisahan itu, unit pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja mengalunkan ‘Auld Lang Syne’ manakala tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat memberikan kawalan kehormatan utama. – BERNAMA

Gambar majlis semalam :

20130522-181355.jpg

20130522-181418.jpg

20130522-181427.jpg

20130522-181520.jpg

20130522-181549.jpg

20130522-181600.jpg

Leave a comment

Filed under berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s