Tunggu tindakan tegas – Zahid Hamidi

20130518-141703.jpg

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

“Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah ‘harganya’ berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

“Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130518/dn_01/Tunggu-tindakan-tegas—Zahid-Hamidi#ixzz2TccFi7G7
© Utusan

6 Comments

Filed under berita

6 responses to “Tunggu tindakan tegas – Zahid Hamidi

  1. Syah Bandar

    Selepas berhadapan dengan ancaman komunis dan dadah , sekarang negara berhadapan dengan masalah DISINFORMATION.

    Disinformation adalah ancaman dimana maklumat (palsu) yang disebarkan adalah sebagai umpan untuk MISLEAD audien kearah yang diingini oleh penyebar (pengganas maklumat ).

    Mislead information ini akan membentuk persepsi seterusnya akan menjadi sentimen yang sukar dikawal oleh mana2 penguasa/kerajaan.

    Cara mengatasi ancaman disinformation ini adalah dengan pemantauan peringkat awal dan pencegahan . Tindakan perlu diambil pada peringkat penyebaran maklumat . Lambat bertindak atau bertindak pada peringkat persepsi ataupun sentimen bermakna risiko dan kos amat tinggi diperlukan.

    Satu pusat kawalan maklumat amat diperlukan oleh negara . Pusat ini juga perlu disokong oleh penguatkuasaan undang2 seperti Pen Pendakwaraya dan rang undang2 yang lebih tegas terhadap mislead information. Contohilah negara China yang memantau pergerakan maklumat demi keselamatan negara mereka.

  2. Zainol Rashid Ariff

    Tahniah Dato’ diatas perlantikan menteri KDN. Ahirnya tiba jua tindakan tegas yg kami terutamanya bangsa Melayu tunggu tunggu.Segala tindakan tegas dari pihak Dato’ bagi menangani aktiviti yang akhir akhir ini menampakkan lebih kearah subversiv bagi meruntuhkan keharmonian negara selama ini. Apa pun tindakan tegas Dato’ kami bangsa Melayu tetap bersama Dato’. Melayu telah lama bersabar dan bertoleransi tetapi madu di beri racun dibalas. Melayu tidak racist hanya mempertahankan hak.

  3. sepatutnya kamu yg perlu diambil tindakan tegas…menghalau rakyat yg tidak setuju dengan penipuan pilihanraya…disuruh keluar Malaysia…ada akal ke. Satu statement yg dangkal dikeluarkan oleh seorang Menteri kononnya berjiwa rakyat…rakyat bagan datoh tahu peel kau…

    • Zainol Rashid Ariff

      Kalau tk percaya kpd ketelusan SPR yg telah disahkan oleh pemerhati antarabangsa, adalh orang itu memang tidak layak tinggal didalam “Persekutuan Tanah Melayu” ini, Sila lah berhijrah ke mana negara yg diaorang fikir baik untuk diaorang. Pendatang yg tamak tidak dingini disini. Hak orang dia mahu, hak dia kawal untuk kaum dia saja.
      Jangan lupa kata saya racist kerana saya memang racist demi mempertahankan hak bangsa Melayu.

  4. Shamsul Azman Tajuddin

    Assalamualaikum Datuk Seri Zahid, saya ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Dalam Negeri. Keberanian dan ketegasan Datuk Seri amat saya kagumi. Sebagai salah seorang anak Perak (Teluk Intan) yang kini merupakan salah seorang warga Putrajaya, saya berbangga dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mempunyai pemimpin yang berani dan tegas seperti Datuk Seri. Semoga Allah sentiasa bersama Datuk Seri dan ketegasan Datuk Seri terhadap usaha buruk pembangkang diharapkan berterusan. Semoga berjaya menangani apa jua kekacauan yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang sudah melampau dan tidak bertanggungjawab. Terima kasih Datuk Seri.

    Daripada : Shamsul Azman Tajuddin

  5. rasdan rahmat

    SALAM DATO,
    SAYA BERBANGGA ATAS TINDAKAN TEGAS DATO, HARAP DAPAT MEMBENTRAS KEGIATAN MEMFITNAH DAN MENCACI MENGHASUT NEGARA YANG DILAKUKAN OLEH RED BEAN ARMY CYBERTROOPERS,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s