UMNO Online – Manifesto Pembangkang Jelas ‘Penipuan Di Siang Hari’ – Zahid

Oleh : Azman Abas

BAGAN DATOH 28 April – Manifesto pembangkang yang dicanang di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13 memang jelas bukanlah sesuatu yang realistik malah satu janji retorik yang penuh kepalsuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin berkenaan manifesto pembangkang itu adalah sesuatu yang benar dan sememangnya ‘penipuan di siang hari’.

Sehubungan itu katanya rakyat boleh menilai dan seterusnya melihat bagaimana mereka melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu di negeri yang dikuasi mereka.

“Jelas apa yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin itu benar. Contohnya di Selangor banyak mana yang dapat dilaksanakan. Lagipun pemimpin mereka sendiri pernah sebut manifesto bukan janji dan tidak ada kesahihannya dari segi perundangan …ertinya janji-janji yang baru itu tidak sahih dan lontaran janji palsu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ahmad Zahid yang juga Calon BN Parlimen Bagan Datoh seterusnya berkeyakinan pengundi termasuklah di kawasan tersebut tidak akan terpengaruh dengan janji sedemikian rupa.

“Insyallah….pengundi Bagan Datoh lebih mengetahui pilihan mereka tepat. Sebelum ini, DUN Hutan melintang apa yang telah dilaksanakan dan itulah harga yang paling mahal dibayar oleh pengundi Hutan Melintang,” ujarnya.

Terdahulu sebelum itu, beliau bersama calon BN DUN Rungkup, Datuk Shahrulzaman Datuk Yahya mengadakan ‘walkabout’ di Kg Bagan Sungai Tiang, dekat sini.

Dalam kunjungan berkenaan, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dnegan penduduk setempat selain melihat dengan lebih dekat kawasan yang dinaiki air ekoran air pasang yang melimpahi tebing.

Ternyata kunjungan tersebut amat dirasi oleh penduduk yang kelihatan gembira dan maisng-masing bertekad untuk sama-sama membantu kemenangan calon BN pada pilihan raya umum 5 April ini. -MediaUMNO

http://www.umno-online.my/?p=82652

Sent from my iPad

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s