Majlis Ramah Mesra bersama warga TUDM Subang

Tarikh : 23 April 2013

Berita berkenaan program tersebut turut disiarkan Utusan Malaysia

dn_04.1.jpgAHMAD Zahid Hamidi menyematkan Pingat Jasa Malaysia kepada Mohamed Madini Ahmad (dua dari kanan) dalam majlis ramah mesra bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan Udara Subang, semalam. – Utusan/ Safiyana Salim

SUBANG JAYA 23 April – Malaysia akan bekerjasama dengan Filipina untuk memastikan tiada pencerobohan pengganas Kiram di Pantai Timur Sabah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah meminta bantuan keselamatan Tentera Laut Filipina untuk membuat kawalan di semua pintu keluar negara itu untuk mengelak sebarang pencerobohan.

Katanya, pengundi-pengundi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bebas untuk keluar menunaikan tanggungjawab itu dengan selamat.

“Saya ingin beri jaminan bahawa hari pengundian pada 5 Mei ini bebas dari anasir jenayah dan pencerobohan kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin akan membuat kawalan bagi memastikan tiada pencerobohan.

“Pengundi di Esscom, Esszone dan kampung serta taman perumahan berhampiran diminta tidak khuatir dan tidak mempercayai khabar angin terdapat pencerobohan pengganas Kiram di tempat mereka pada hari pengundian,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Asisten Ketua Staf Tadbir (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noh Mohd Said, Komandan Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Romlee Yahaya, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 29 bekas anggota TUDM yang telah bersara.

Selain itu, Kementerian Pertahanan turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM 1,117,650 kepada setiap wakil negeri PBTM bagi mengisi tabung persatuan tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, pembinaan kem-kem penempatan lima Batalion tentera di kawasan Esscom dan Esszone akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.

Katanya, setakat ini, terdapat dua kabin yang siap sepenuhnya dan boleh digunakan di Lahad Datu serta Semporna.

http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20130424/dn_04/Malaysia-Filipina-jalin-kerjasama-elak-ceroboh

Sent from my iPad

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s