Gambar Semasa Penamaan Calon Parlimen Bagan Datok Pagi Tadi

Berikut gambar semasa penamaan calon pagi tadi. Terima kasih kepada semua penyokong Barisan Nasional yang hadir.

Berita di Utusan MalaysiaPRU-13: Zahid tanding satu lawan satu di Bagan Datoh

Oleh ROKIAH ABDULLAH
px_125.1.jpg
DR. AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bersama Shahrul Zaman Yahya (kanan) dan R. Supramaniam (dua dari kiri) diiringi penyokong ketika memasuki Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan hari ini. – BERNAMA

BAGAN DATOH 20 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Madhi Hasan dalam pertandingan satu lawan satu di Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ahmad Zahid, yang menyandang kerusi itu sejak 1995 mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.10 pagi diikuti oleh Madhi enam minit kemudian di Dewan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di sini.

Turut mengemukakan borang pencalonan ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang akan dicabar Mohd. Misbahul Munir Masduki daripada Pas.

Calon BN yang turut mengemukakan borang pencalonannya ialah muka baharu daripada MIC, R. Supramaniam, yang akan berhadapan pertandingan tiga penjuru dengan calon Parti Berjasa, Azhari Abdullah dan seorang calon bebas, Mat Sidi Hashim.

Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Zahid, 60, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh menewaskan calon yang sama dengan majoriti 2,692 undi. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130420/px_125/PRU-13-Zahid-tanding-satu-lawan-satu-di-Bagan-Datoh#ixzz2R1DWKipo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sent from my iPad

 

 

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s