Bekas Jeneral Sertai Pembangkang : Mereka Kecewa, Bermasalah

Kota Bharu: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan beberapa bekas jeneral tentera termasuk seorang yang pernah diturunkan pangkat berkempen memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai golongan bermasalah.

Beliau menegaskan, mereka tidak sepatutnya memperlekehkan taktikal yang digunakan sepanjang Op Daulat kerana ia berbeza dengan situasi ketika jeneral berkenaan bertugas. Menurutnya, perbuatan mereka membuatkan anggota tentera yang berada di medan tempur dan keseluruhannya marah serta berasa terhina.

“Golongan berkenaan sebenarnya dipergunakan oleh pihak tertentu dan mereka adalah daripada orang yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan semasa berkhidmat.

“Sebelum ini kenapa mereka tidak bersuara menyatakan apa yang tidak betul dalam ATM…kenapa selepas bersara baru mereka bersuara dan menghentam kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Markas 8 Briged Infantri dekat Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Menurut Zahid, biarlah rakyat menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana menyebarkan dakyah buruk mengenai ATM. Mengenai sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang memperlekehkan kejadian di Lahad Datu, Sabah dengan menyatakannya sebagai satu sandiwara, Zahid menyatakan hati mereka itu sebenarnya sudah `dibutakan’.

Katanya, soal keselamatan tidak seharusnya dipolitikkan dan sepatutnya dalam isu ini kerajaan dan pembangkang mesti bersatu, tetapi ada pula pihak yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat.

“Anggota ATM perlu diberikan semangat dalam menjalankan misi mempertahankan negara. Bila berlaku perkara seperti ini (pencerobohan Lahad Datu) baru kita tahu kepentingan ATM,” katanya.

Sementara itu, mengulas sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cenderung mengeluarkan fatwa mengarut, Zahid berkata, ia sebenarnya merugikan Nik Abdul Aziz sendiri.

“Nik Abdul Aziz diharap jangan mengambil peranan sebagai Tuhan kerana soal dosa pahala hak Allah SWT menentukannya.

“Saya berharap beliau jangan merosakkan partinya sendiri dan saya sendiri berharap `parasit’ seperti ini tiada di dalam PAS,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s