MAJLIS PERASMIAN LIMA ’13 DAN PERTUNJUKAN UDARA

Selasa 26.3.2013

20130327-140938.jpg

Bacaan doa

20130327-140947.jpg

Upacara Perasmian oleh YAB Perdana Menteri.

20130327-141253.jpg

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin

20130327-140323.jpg
Yang turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz

20130327-140347.jpg

Salah satu aset yang terlibat dalam pertunjukan udara

Berita di Utusan Malaysia perasmian semalam.

Tajuk : Prospek besar lonjak Malaysiadn_03.1.jpg
Najib Tun Razak melawat ke ruang pameran yang disertai oleh 450 syarikat dari 29 negara selepas merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, semalam. – BERNAMA

LANGKAWI 26 Mac – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 menawarkan prospek besar untuk melonjakkan lagi Malaysia dalam pasaran industri maritim dan udara yang kian berkembang di rantau Asia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan pesat yang dicatatkan Malaysia dalam kedua-dua industri itu melambangkan aspirasi program transformasi ekonomi untuk negara mencapai status berpendapatan tinggi.

“Menerusi jaringan erat dengan negara-negara Asia serta ekonomi mesra perniagaan, saya percaya prospek pembangunan amat kukuh,” kata beliau ketika berucap merasmikan LIMA 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyaksikan pertunjukan udara yang menampilkan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia di samping melawat gerai-gerai pameran LIMA.

Menurut Najib, beliau amat berbangga Pameran LIMA yang memasuki edisi ke-12 itu telah berjaya meningkatkan penyertaan sebanyak 10 peratus dengan menarik kehadiran 450 syarikat dari 29 buah negara serta menghimpunkan 78 buah pesawat dan 62 buah kapal perang.

“Sejak beberapa dekad lalu, pelabur telah banyak memberikan tumpuan kepada Asia. Oleh itu, tidak mengejutkan untuk rantau Asia membangun menjadi sebuah pasaran besar dari segi perbelanjaan maritim dan udara bagi kedua-dua sektor pertahanan dan komersial,” kata Perdana Menteri lagi.

Menurut Najib, Malaysia juga mencapai kemajuan pesat dengan nilai industri udara yang bernilai RM8.2 bilion pada tahun 2008 kini telah melonjak kepada RM30 bilion menerusi penglibatan aktif 230 syarikat.

“Kemasukan industri pembinaan dan pembaikan kapal dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga merupakan pengiktirafan terhadap industri maritim yang bukan sahaja merangsang pertumbuhan Malaysia tetapi juga menjana pekerjaan berpendapatan tinggi,” jelas beliau lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130327/dn_03/Prospek-besar-lonjak-Malaysia#ixzz2OiVJ5AJe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s