PERBARISAN PERDANA SIRI 1 2012 SEMPENA TAMAT KURSUS LATIHAN ASAS ATM & PDRM DI PUSASDA PORT DICKSON

20121217-163845.jpg

20121217-163914.jpg

20121217-164004.jpg

Nasihat TPM kepada rekrut baharu

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

20121217-164630.jpg
MUHYIDDIN Yassin memberikan tabik hormat pada Majlis Perbarisan Perdana Sempena Tamat Latihan Kursus Latihan Asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2012 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, semalam. Turut kelihatan Hishammuddin Tun Hussein, Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Omar.

TELOK KEMANG 16 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu anggota keselamatan berwaspada dengan ancaman fizikal serta habuan kewangan dan kebendaan yang tidak selari dengan kehendak undang-undang dan etika pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut hendaklah sentiasa diawasi supaya anggota keselamatan dapat mempamerkan profesionalisme yang tinggi, imej dan keterampilan terpuji.

”Habuan ini atau kata lain rasuah, tidak mudah dikesan, tetapi lambat laun akan dikesan juga. Tindakan diambil terhadap kita jauh lebih berat, dipenjara dan masa depan kita dan keluarga akan musnah,” katanya.

Beliau berkata berkata demikian dalam ucapan pada majlis perbarisan perdana sempena tamat latihan kursus asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2012 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Penglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Kata Muhyiddin, anggota keselamatan juga perlu kreatif dan bijak menggunakan pendekatan mesra rakyat apatah lagi dalam tindakan memerangi dan membanteras aktiviti jenayah melalui kerjasama sukarela yang diberikan rakyat.

”Saya menerima banyak maklum balas positif daripada rakyat, mereka amat teruja dengan kehadiran anggota polis dan tentera ketika membuat rondaan bersama,” kata beliau.

Justeru katanya, kerajaan amat berpuas hati dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan membabitkan PDRM dan ATM yang telah menunjukkan penurunan kadar jenayah jalanan kepada 39.79 peratus dan indeks jenayah kepada 11.1 peratus.

”Malaysia telah pun diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun, sebagaimana yang dilaporkan dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2012,” tegas Muhyiddin.

Sehubungan itu kata beliau, pembangunan dan kemajuan yang dicapai itu antara sebabnya ialah adanya jentera keselamatan yang cekap dan profesional.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Muhyiddin mahu persefahaman dan kerjasama antara PDRM dan ATM diperkukuhkan lagi kerana boleh menjadi medan memupuk semangat setiakawan dan nilai patriotik yang tinggi.

”Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengadakan strategi sebegini melibatkan pasukan polis dan tentera. Suka saya nyatakan, program ini akan diperluaskan kepada agensi yang lain pula,” ujar beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_01/Nasihat-TPM-kepada-rekrut-baharu#ixzz2FISkI7lm
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s