Saya Berharap Doa ‘Hancur UMNO’ Oleh PAS Akan Kembali Kepada Mereka

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

Hari ini di Bagan Datoh saya telah ditanya berhubung doa musnahkan Umno BN oleh Pas semasa solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu beberapa hari lepas.

image

Saya memberitahu kepada pemberita bahawa doa sedemikian (KO UMNO BN) adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Ini kerana doa solat hajat yang dilakukan oleh Pas selama ini pun adalah untuk meminta agar Umno dan BN dihancurkan.

Kita serahkan kepada  Allah samada doa tidak baik ini harus diikuti oleh ahli-ahli Pas yang kononnya adalah untuk kebaikan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya juga harap jangan menyamakan BN khususnya UMNO dengan Firaun, Abu Lahab atau dengan musuh-musuh Islam zaman Nabi.

Saya berharap doa itu akan balik kepada mereka. Saya berharap doa itu akan balik kepada mereka.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahad 18 November 2012

5 Comments

Filed under Isu Semasa

5 responses to “Saya Berharap Doa ‘Hancur UMNO’ Oleh PAS Akan Kembali Kepada Mereka

  1. NOOR AZMAN

    doa semacam itu langsung tidak di aminkan oleh malaikat…….sebab kita di larang mendoakan kehancuran orang lain apa lagi jika ianya orang islam sendiri…

    saya ingin mencadangkan agar pada mesyuarat umno hujung bulan nanti…umno buat sembahyang hajat besar besaran…doakan kesejahteraan semua orang islam sedunia terutamanya rakyat palestin …dan doakan ramai ramai moga pengikut PAS di berikan hidayah agar mereka kembali kejalan kebenaran…tunjukkan pada mereka CARA SEBENAR ISLAM itu menjaga hubungan sesama manusia……insyaallah ALLAH akan memberkati UMNO….

  2. Pingback: PAS SANGGUP DOAKAN UMNO HANCUR DARI DOAKAN KEKEJAMAN ISRAEL « Khazanah Minda Politik Melayu

  3. Pak Habib

    saya agama taklah sepandai mana tapi saya tak pernah dengar ada doa untuk diturunkan bala bagi orang islam yang lain melainkan doa supaya Allah laknat orang kafir.Dunia dah hampir kiamat mata hati para alim ulamak dah tertutup dan telah menyempang dari jalan kebenaran. Wallahhualam.

  4. hanizanmuhamad

    siapa benar atau salah biar allah tentukn..

  5. Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s