Gambar-Gambar Majlis Penutup 1Malaysia Bike Week Oleh YAB Perdana Menteri Di Putrajaya

image

image

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

1. Program majlis penutup ‘1Malaysia Bike Week’ pada Ahad lalu telah berjaya mengumpulkan 6630 penunggang motorsikal seluruh Malaysia melebihi jangkaan awal 5000 sahaja. Perjalanan konvoi merentasi beberapa buah negeri seperti Johor, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak.

image

2. Acara ini akan dijadikan acara tahunan dan akan diperluaskan lagi ke peringkat ASEAN seperti harapan Perdana Menteri, pada masa akan datang.

3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.

image

4. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Presiden SAM Datuk Abdul Halim Suleiman serta Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad turut hadir.

image

5. Program ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai konvoi motosikal berkuasa tinggi terbesar dengan 438 motosikal dan 536 peserta dan diiktiraf sebagai perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi dengan penyertaan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.

6. Konvoi kami sejauh 1,828 kilometer telah bermula di Johor turut menjalankan aktiviti kemasyarakatan termasuk melawat orang sakit, membantu orang miskin dan menjalankan kerja pembersihan.

7. Saya juga mengemukakan beberapa cadangan para penunggang motorsikal berkuasa tinggi kepada YAB Perdana Menteri seperti penurunan harga motorsikal, cukai, roadtax dan insuran semasa menyampaikan ucapan dan dijawab serta merta oleh Perdana Menteri untuk mempertimbangkannya.

image

8. YAB Perdana Menteri juga turut berharap 1MBW dijadikan acara tahunan dengan Putrajaya dikekalkan sebagai destinasi akhir.

Ahmad Zahid Hamidi
12 November 2012

Leave a comment

Filed under berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s