Sidang Media : Cadangan Umum Calon PRU Lebih Awal Dan Soal Cabaran Anwar

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam 1Malaysia.

Semasa sidang media semalam saya telah ditanya soalan tentang tawaran Anwar agar YAB Perdana Menteri bertanding lawan beliau di Marang. Bagi saya tawaran tersebut ialah tawaran politik, dan beliau juga harus ditawarkan bertanding di Pekan. Kalau beliau berani.

Kerana sebelum ini ustaz Hadi menawarkan diri untuk bertanding di Pekan. Jadi saya fikir kita harus menerima hakikat politik bahawa ada kawasan yang kita wakili di mana Perdana Menteri tentu lebih selesa beranding di Pekan, Anwar sendiri selesa bertanding di Permatang Pauh dan Hj Hadi selesa bertanding di Pekan. Pada hemat saya Perdana Menteri tidak harus melayan permintaan sebegini.

Juga soalan wartawan adakah ia disebabkan untuk mengalih perhatian kes anak beliau yang diserang isu bahawa beliau setuju Melayu bebas murtad, jawapan saya berikan ialah tawaran ini adalah satu pengalihan isu yang dihadapi anak beliau YB Nurl Izzah.

Saya tekankan beliau harus akui kesalahan itu dan jangan salahkan media. Kebanyakan orang apabila ‘tersangkut’ mereka akan menyalahkan media. Sedangkan ada rakaman yang dibuat bahawa beliau ada menyatakan demikian di sebuah gereja di Selangor.

Bagi saya jika mahu mengambil hati atau mahu mengambil pengaruh di kalangan penganut agama lain jangan sampai menggadaikan prinsip-prinsip qatie (tidak boleh diubah) . Ayat La Ikrohafiddin dari Surah Al Baqarah ayat 256 iaitu “tidak ada paksaan dalam Agama ” maksudnya tidak ada paksaan kepada orang bukan islam untuk memeluk agama Islam bukan membenarkan orang Islam keluar agama Islam. Ini harus difahami asbabunnuzul ( sebab diturunkan)

Selain daripada itu saya juga menekankan sekali lagi semasa sidang media semalam agar orang Islam jangan berbeda pendapat dan jangan menjadikan Islam sebagai bahan politik. Sebaliknya kita perlu menggunakan kedudukan politik untuk kepentingan Islam bukan kepentingan diri kita.

Soalan wartawan tentang isu pengumuman awal calon bagi saya ada pro dan kontranya. Jika kawasan yang tidak ada masalah dalaman ia mungkin sesuai jika nama calon diumumkan awal. kita harus menerima hakikat bahawa ada kawasan yang agak sensitif dari segi calon maka mungkin ada kaedah tertentu perlu difikirkan tempoh atau waktu nama-nama calon itu untuk diumumkan.

Bagi saya kesesuaian lokasi DUN atau kawasan Parlimen itu lebih penting. Kerana semua yang berhasrat untuk bertanding merasakan diri mereka adalah Winniable Candidate, manakala orang lain bukan. Takut orang seperti yang tidak dicalonkan ini akan melakukan sesuatu yang di luar norma yang boleh menjadi punca parti disabotaj.

Ahmad Zahid Hamidi
Jumaat 9 Nov 2012

Leave a comment

Filed under Artikel, Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s