Perjalanan Saya Konvoi Jelajah 1Malaysia Bike Week 2012

Assalamualaikum wrt wbt dan salam 1Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis semalam saya berada di Kelantan dalam Konvoi Jelajah 1Malaysia Bike Week 2012 bermula 6- 11 Nov 2012 yang akan berakhir di Putrajaya Ahad nanti. Hari ini hari keempat perjalanan.

20121109-140401.jpg

Program anjuran Superbikers Association of Malaysia (SAM) dengan kerjasama Media Prima Berhad (Media Prima) ini disertai 536 peserta dan melibatkan 438 motorsikal berkuasa tinggi.

Jelajah bermula di Johor Bharu Selasa lepas  dengan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim bin Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan melepaskan konvoi kami. Johor Bahru merupakan tempat perlepasan dan kami dijadualkan berakhir di Putrajaya pada 11.11.2012 jam 11 pagi Insya Allah..

image

Tujuan program ini diadakan untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia kepada rakyat Malaysia ke kawasan yang akan mereka pergi. Bukti kejayaan dapat dilihat di mana kami walaupun berbeza warna dan fahaman politik namun kami masih dapat duduk bersama untuk menunggang motorsikal. Inilah yang sukar ditemui kecuali melalui acara 1Malaysia Bike Week ini.

Program tahunan ini jika berjalan lancar akan dapat menghimpunkan 5,000 motosikal berkuasa tinggi di Putrajaya pada 11 November 2012 (Ahad) dan juga 5,000 motorsikal berkuasa kecil akan turut dihimpunkan pada hari tersebut. Semua dijemput memeriahkan acara pada hari Ahad ini tidak kira penunggang motorsikal besar atau kecil demi mencapai semangat 1Malaysia. YAB Perdana Menteri turut mengikuti konvoi kami mengelilingi Putrajaya Ahad ini.

20121109-140648.jpg

Antara lokasi persinggahan kami selepas Johor Bahru dua hari lalu ialah Melaka diikuti negeri Pahang danTerengganu. Kini konvoi telah tiba di Kelantan. Setiap kali kami sampai di destinasi perhentian, tabung mangsa banjir akan diedarkan. Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya Ahad tepat jam 11 pagi pada 11 .11.2012 ini.

image

Terima kasih kepada Kerajaan Johor, Pahang dan Terengganu yang telah menyambut kedatangan konvoi terbesar dalam rekod konvoi motorsikal di Malaysia ini.

image

Semasa di Kelantan saya sempat berucap di majlis makan malam yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

image

Antara lain saya merakamkan terima kasih kepada Saudara Kamil Presiden SAM yang menganjurkan program ini serta memberitahu bahawa Jelajah kali ini akan turut mencipta rekod Malaysia Books Of Record sebagai Konvoi disertai paling ramai penunggang dan rekod paling panjang dengan jarak konvoi sejauh 9.75 kilometer.

Saya memberitahu bahawa aktiviti bermotorsikal ini telah berjaya merapatkan hubungan tidak mengira fahaman politik membuktikan orang kita masih dapat bersatu jika kena caranya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Takiyuddin Hassan atas ‘hospitality’ yang disediakan kepada peserta.

Jumpa di Putrajaya Ahad nanti jam 11 pagi untuk misi 1Malaysia bersama YAB Perdana Menteri.

Sent from my iPad

Leave a comment

Filed under berita, Diari Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s