Umat Islam Perlu Bersatu Atas Nama Agama

image

Assalamualaikum wrt wbt. Semalam selepas merasmikan Nadwah Islamiah di Hotel Royale Seremban, semasa sidang media saya telah memberi penekanan bahawa kita tidak harus berbeda pendapat dalam hal berkaitan agama. Saya merujuk kepada fatwa pemimpin agama yang terlibat dalam parti politik. Ini kerana ada pendapat bukannya fatwa, diikuti dengan taksub oleh pengikut mereka. Apa yang berlaku dulu dan sekarang ialah untuk merapatkan jurang antara ummah. Walaupun kita dibenar berbeda pendapat dalam politik tetapi dalam bab agama jangan kita berbeda pendapat.Kerana sumber hukumnya sama.

image

Perkara ini saya tekankan kepada semua kumpulan. Tidak kira parti mana. Kita tidak boleh menuduh seseorang itu kurang Islam berbanding yang lain. Masyarakat bertamadun harus menerima pendapat sebagai percambahan fikiran. Saya mengingatkan perkara ini kepada diri saya dan kepada anggota tentera serta kakitangan awam di seluruh Kementerian Pertahanan Malaysia. Kerana mereka golongan profesional dan bebas menentukan pendirian politik kerana dihalalkan oleh demokrasi tanpa melupakan sumpah taat setia mereka kepada YDP Agong dan taat setia kepada Kerajaan yang sedia ada. Wassalam.

image

Leave a comment

Filed under Artikel, berita, Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s