Gambar-Gambar Saya Di Bernama Radio 24 Topik ‘Perkukuh Sistem Pertahanan Negara’ Semalam

image

image

image

image

image

Wawancara Saya Di Radio 24 Bernama .

Semalam saya telah ditemubual oleh Radio 24 Bernama program ‘Dalam Radar’.

Antara isu yang disentuh dalam temubual dengan Radio 24 BERNAMA semaIam ialah :

1. Isu pertahanan negara yang mana saya ditanya kenapakah ia tidak didedahkan. Jawapan saya ialah kerana kurang bijak bagi mana mana negara mendedahkan maklumat pertahanannya hatta Pentagon sendiri tidak mendedahkannya.

2. Kemampuan Scorpene untuk menyelam di mana saya jelaskan sepanjang perjalanan pulang selala 45 hari dari Perancis, 31 hari adalah dengan menyelam di dalam laut.

3. Soalan tentang prosedur pembelian Scorpene juga diajukan, di mana saya menjelaskan ia mengikut prosedur yang ditetapkan oleh peraturan kewangan Kerajaan.

4. Selain itu, saya juga turut ditanya soal kebajikan pesara tentera, penipuan pembangkang isu perbicaraan Sorpene di Mahkamah Perancis, helikopter Nuri, perbandingan pertahanan Malaysia dengan Singapura serta pendirian Malaysia berhubung dasar luar negara yang mahu mengelak seberapa banyak peperangan bukan menempuhinya juga disoal.

Wawancara juga diselangi dengan soalan dari pendengar salah seorangnya bernama Syed Ismail dari Johor yang membangkitkan isu tiada siasatan audit dilakukan terhadap Pakatan walaupun mereka sering meminta siasatan audit dilakuka terhadap Kerajaan. Juga perkara status Negara Islam Malaysia yang hingga kini dipertikaikan oleh pembangkang.

Isu RIV juga disentuh semasa wawancara di mana saya telah menjawab bahawa harga yang mahal kerana ia datang denga pakej selepas jualan. Namun jika ada penyelewengan seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor, pihak Kementerian Pertahanan sedia menyerahkan fail kepada SPRM untuk pendakwaan.

Turut ditanya pendengar ialah dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan yang mana mana telah dibicarakan di sana. Saya bersetuju kes ini mencemarkan nama baik negara yang mana bercanggah dengan konsep Wasatiyyah yang diilham YAB Perdana Menteri yang diterapkan di Malaysia.

Saya juga berharap mereka tidak mewakili umat Islam atas tindakan militan serta bersetuju jika hukuman dikenakan terhadap kedua rakyat tersebut.

Leave a comment

Filed under berita, Diari Saya, Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s