Jawapan Menteri Pertahanan Isu Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT)

Kontraktor perlu bertanggungjawab

Oleh AIN SAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my

BAGAN DATOH 20 Okt. – Kontraktor yang melaksanakan pembinaan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) sepatutnya bersikap bertanggungjawab memastikan projek itu dilakukan mengikut spesifikasi dan memperbaiki setiap kelemahan tanpa melibatkan kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak sesekali berkompromi terhadap kontraktor yang bersikap sambil lewa sehingga menjejaskan hasrat murni kerajaan membina rumah kepada golongan tentera.

Beliau berkata, pihak kementerian sudah menyuarakan bantahan berhubung masalah tersebut kepada pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk tindakan lanjut.

”Perlu diketahui, kementerian tidak bersekongkol dengan pihak kontraktor terbabit, malah kita telah mengemukakan rasa tidak puas hati kita kepada CIDB,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 35 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mendapati prestasi pembinaan projek RKAT dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya.

Laporan audit menyatakan daripada 37 projek yang siap, sembilan projek dibawa ke RMK-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta kerana mengalami kecacatan dan kerosakan pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, masalah itu bukan berpunca daripada kementerian sebaliknya ia adalah kelemahan syarikat pengurusan projek dan kontraktor.

Menurut beliau, pihaknya tidak berkompromi terhadap perbuatan mengaut keuntungan mudah dengan melaksanakan kerja secara sambil lewa sehingga tidak menepati syarat dan spesifikasi yang ditetapkan.

”Saya bersetuju rumusan Ketua Audit Negara. Memandangkan kontraktor sebahagiannya dibuat Syarikat Perumahan Negara Berhad, Kementerian Pertahanan telah menuntut supaya kontraktor terlibat membaik pulih kerosakan, kecacatan dan sebarang kerja yang tidak mengikut spesifikasi,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121021/dn_07/Kontraktor-perlu-bertanggungjawab#ixzz2A1Hbysc6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a comment

Filed under Isu Semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s